Balik kampung Desa Baru Nitar sempena cuti raya haji. Cuaca yang redup sangat cantik perjalanan dari rumah mentua di JB ke Mersing ambil masa 2jam untuk sampai. Benda yang pertama yang terpikir ialah x perlu lagi mandi air kolam sebab Syarikat Air Johor dah pasang meter air. Sungguh terseksa Ibu bapa aku guna air kolam untuk menjalani kehidupan di Desa Baru Nitar hampir 2 tahun.
Walaubagaimanapun bekalan elektrik TNB masih belum sampai ke Desa Baru Nitar. Tapi penduduk disini tetap bersyukur dengan kemasukan air bersih dari SAJ. Sebelum nie mandi mmg tak tengok air..just jirus je ke badan.sebab kalau tengok memang tak lalu nak mandi. Air dah macam air dalam lopak air. Dalam dunia serba canggih masih ada lagi yang tertinggal dari arus pemodenan negara..hurm..
Anak-anak aku tetap gembira dengan aktiviti -aktiviti berkebun. Kali nie aku ajar anak-anak bagaimana memetik limau kasturi yang tengah banyak. Dalam masa sama diorg belasah rambutan dan pulasan fresh dari pokok.





No comments:
Post a Comment