Lazada

Lazada Malaysia

Wednesday, 17 October 2018

Kad Kredit: Kad Kredit Pertama Aku

Pengalaman pertama aku memiliki kad kredit.

Disember 2016 - Pada mulanya aku keberatan untuk memiliki kad kredit kerana aku berangapan kad kredit bukanlah satu keperluan.Lagi banyak kes orang bankrup sebab kad kredit dan tanpa kad kredit pun aku masih boleh meneruskan kehidupan seperti biasa jadi nak buat apa pening kepala.

Oktober 2014 - Wife mula berjinak-jinak dengan pernigaaj Tupperware. Pada permulaan wife hanya memjual secara kecil-kecilan base on order dari rakan kerja dan saudara-mara.Selepas 2 tahun perniagaanya berkembang dan memerlukan modal yang lebih sedikit berbanding di awal perniagaan. Menambah hutang dengan membuat pinjaman peribadi tiada dalam option kami. Jadi kami bersependapat untuk menggunakan kad kredit di dalam urusan pembelian Tupperware di stokis dan membayar bil kad kredit setelah pembeli tupperware membuat bayaran.

Wednesday, 30 May 2018

Deco: Misi Mencari Air Purifier murah

2 Hari lepas jalan-jalan di Jusco Shah Alam ternampak Air Purifier Panasonic dengan harga RM399..Jadi aku cuba tanya apa best sangat pasal Air Purifier nie..sebab aku macam tak yakin pulak bila benda kecik mcm kotak yang tak bergerak boleh bersihkan habuk untuk satu rumah..pulak tue selalu aku dengar Air Purifier jenama Coway bukan main lagi harga dia sampai RM2000-RM3000.


Panasonic Air Prufier PSN-FPXJ30AHM nie antara yang mempunyai harga mampu milik..

Friday, 9 March 2018

Deco: Electrolux 7.5KG Washing Machine (ELE-EWF85743)




 Sebenarnya sudah lama buat survey untuk beli mesin basuh baru bagi mengantikan mesin basuh lama dirumah.Kali nie plan nak beli mesin basuh Front Load seperti gambar di atas..Senheng ada buat promotion sempena Hari Wanita 7 - 11 Mac 2018.

Friday, 9 February 2018

Deco : Electrolux 6.5KG Sensor Dry Clothes Dryer (ELE-EDV6552)

Plan nak beli Mesin Basuh Electrolux sahaja,entah macam mana boleh terjebak pulak dengan dryer nie..masa beli dryer nie takde offer..harga mmg seperti di atas RM1499..cuma yang bestnye senheng ade jual stackable yang membolehkan dryer duduk di atas mesin basuh..jadi jimat ruang.

Wednesday, 14 September 2016

Desa Baru Nitar : Dapat Mandi Air Bersih

Balik kampung Desa Baru Nitar sempena cuti raya haji. Cuaca yang redup sangat cantik perjalanan dari rumah mentua di JB ke Mersing ambil masa 2jam untuk sampai. Benda yang pertama yang terpikir ialah x perlu lagi mandi air kolam sebab Syarikat Air Johor dah pasang meter air. Sungguh terseksa Ibu bapa aku guna air kolam untuk menjalani kehidupan di Desa Baru Nitar hampir 2 tahun.

Walaubagaimanapun bekalan elektrik TNB masih belum sampai ke Desa Baru Nitar. Tapi penduduk disini tetap bersyukur dengan kemasukan air bersih dari SAJ. Sebelum nie mandi mmg tak tengok air..just jirus je ke badan.sebab kalau tengok memang tak lalu nak mandi. Air dah macam air dalam lopak air. Dalam dunia serba canggih masih ada lagi yang tertinggal dari arus pemodenan negara..hurm..

Sunday, 9 August 2015

Desa Baru Nitar : Penduduk Bakal Terima Air Bersih



            30 Julai 2015 merupakan detik keramat bagi penduduk Desa Baru Nitar kerana info terbaru yang aku terima dari group whatsapp dimana Syarikat Air Johor (SAJ) telah meletakkan sejumlah paip air yang agak banyak di hadapan kawasan perkampungan Desa Baru Nitar. Perkhabaran ini amatlah dinanti oleh penduduk Desa Baru Nitar. Selama ini mereka hanya bergantung kepada air hujan semata-mata.

          Disertakan gambar-gambar progress terkini proses pemasangan paip air oleh kontraktor SAJ.