Lazada

Lazada Malaysia

Sunday, 9 August 2015

Desa Baru Nitar : Penduduk Bakal Terima Air Bersih



            30 Julai 2015 merupakan detik keramat bagi penduduk Desa Baru Nitar kerana info terbaru yang aku terima dari group whatsapp dimana Syarikat Air Johor (SAJ) telah meletakkan sejumlah paip air yang agak banyak di hadapan kawasan perkampungan Desa Baru Nitar. Perkhabaran ini amatlah dinanti oleh penduduk Desa Baru Nitar. Selama ini mereka hanya bergantung kepada air hujan semata-mata.

          Disertakan gambar-gambar progress terkini proses pemasangan paip air oleh kontraktor SAJ.

Desa Baru Nitar : Perkampungan Baru di Mersing

       Perkampungan baru yang dibuka oleh pekerja-pekerja Plantions Felda Nitar Timur pada tahun 2001. Salah satu sebab utama perkampungan ini dibuka adalah kerana Felda Plantation Nitar Timur bukanlah Felda seperti Felda-Felda lain yang telah di asaskan oleh Tun Hussien Onn yang memberi hak milik tanah 10 ekar dan sebuah rumah setiap keluarga

       Felda Plantation lebih mirip seperti estet-estet swasta yang lain seperti Sime Derby dan Guthrie membayar gaji mengikut tuaian hasil harian pekerja. Oleh sebab itu para pekerja telah membuat permohonan dengan Pejabat Tanah Mersing untuk mendapatkan kawasan bagi mereka mendirikan rumah selepas tamat perkhidmatan dengan Felda Plantation.

       Sejarah panjang permohonan tanah oleh para pekerja Felda Plantation ini akan diceritakan kemudian.

Friday, 7 August 2015

Buku : Fiksyen 302

Tajuk : Fiksyen 302
Penulis : Ramlee Awang Mushid
Harga : RM21
Tarikh Mula Baca : 07 Ogos 2015
Tarikh Selesai Baca :



Sunday, 5 July 2015

Buku : Orang Cina Di Amerika

Tajuk  : Orang Cina Di Amerika
Penulis : Iris Chang
Harga : RM50
Tarikh Mula Baca : 6 Julai 2015
Tarikh Selesai Baca :