Lazada

Lazada Malaysia

Sunday, 9 August 2015

Desa Baru Nitar : Perkampungan Baru di Mersing

       Perkampungan baru yang dibuka oleh pekerja-pekerja Plantions Felda Nitar Timur pada tahun 2001. Salah satu sebab utama perkampungan ini dibuka adalah kerana Felda Plantation Nitar Timur bukanlah Felda seperti Felda-Felda lain yang telah di asaskan oleh Tun Hussien Onn yang memberi hak milik tanah 10 ekar dan sebuah rumah setiap keluarga

       Felda Plantation lebih mirip seperti estet-estet swasta yang lain seperti Sime Derby dan Guthrie membayar gaji mengikut tuaian hasil harian pekerja. Oleh sebab itu para pekerja telah membuat permohonan dengan Pejabat Tanah Mersing untuk mendapatkan kawasan bagi mereka mendirikan rumah selepas tamat perkhidmatan dengan Felda Plantation.

       Sejarah panjang permohonan tanah oleh para pekerja Felda Plantation ini akan diceritakan kemudian.

No comments:

Post a Comment