Tajuk : Fiksyen 302
Penulis : Ramlee Awang Mushid
Harga : RM21
Tarikh Mula Baca : 07 Ogos 2015
Tarikh Selesai Baca :
LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh
mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan
cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu,
mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah
dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan
bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat
kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang
mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak
dapat diselesaikan.
Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang
dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan
misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku.
Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada
apa yang dijangkakan!
RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa
percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar
sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara
mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara
paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali
daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.


No comments:
Post a Comment