Disember 2016 - Pada mulanya aku keberatan untuk memiliki kad kredit kerana aku berangapan kad kredit bukanlah satu keperluan.Lagi banyak kes orang bankrup sebab kad kredit dan tanpa kad kredit pun aku masih boleh meneruskan kehidupan seperti biasa jadi nak buat apa pening kepala.
Oktober 2014 - Wife mula berjinak-jinak dengan pernigaaj Tupperware. Pada permulaan wife hanya memjual secara kecil-kecilan base on order dari rakan kerja dan saudara-mara.Selepas 2 tahun perniagaanya berkembang dan memerlukan modal yang lebih sedikit berbanding di awal perniagaan. Menambah hutang dengan membuat pinjaman peribadi tiada dalam option kami. Jadi kami bersependapat untuk menggunakan kad kredit di dalam urusan pembelian Tupperware di stokis dan membayar bil kad kredit setelah pembeli tupperware membuat bayaran.
Disebabkan tiada pengalaman menggunakan kad kredit aku memerlukan sebulan untuk kajian kad kredit terbaik untk kami.Mujur aku ada kawan yang bekerja di Maybank(department kad kredit).Jadi aku mendapatkan info yang terbaik dari beliau dari segi pros and kons penggunaan kad kredit.Antara laman web yang menjadi rujukan aku adalah RinggitPlus.com. Disitu kita boleh membuat perbandingan kad kredit yang ditawarkan.
Setiap Kad Kredit mempunyai keistemewaan masing-masing. Oleh itu pemilihan kad kredit yang betul akan memberi banyak kelebihan kepada pengguna.Sebagai contoh Kad Kredit Petronas Maybank Visa Platinium memberi keistemewaan kepada pengguna Petrol dengan memberi collects TreatPoints sebanyak 8X untuk penggunaan petrol dan keperluan barang dapur setiap hujung minggu.
1-Tiada Yuran Tahunan
Jadi aku tidak perlu membayar sebarang amaun untuk penggunaan kad kredit yang ditawarkan.
2-Menawarkan Cashback sebanyak 5%
Cashback adalah rebate yang diberikan kepada pengguna kad kredit.Cashback hanya ditawarkan kepada penggunaan Kad American Express pada hujung minggu sahaja.Sebagai contoh jika anda menggunakan kad kredit sebanyak RM200,anda akan menndapat rebat sebanyak RM10 yang akan ditolak didalam bil penggunaan bulanan.Rebat maksimum yang anda akan dapat adalah sebanyak RM50 bagi setiap bulan walaupun anda menggunakan lebih dari RM1000 pada hujung minggu.
3.TreatPoint 5X
Penggunaan kad kredit American Express akan mendapat 5X treatpoint bagi setiap RM1.Tetapi tidak semua kedai menerima transaction kad kredit American Express.

No comments:
Post a Comment